Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra


Tarikh kemaskini: 28/10/2019





KOTA BHARU, 28 Okt -- Seorang lelaki berusia 42 tahun dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun ke sungai Kelantan di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim, Mohd Ridzuan Ali berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 10.5 pagi selepas menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menyaksikan kejadian itu.

"Seramai 22 pegawai dan anggota dari BBP Kota Darul Naim, BBP Kota Bharu dan BBP Pengkalan Kubor (Tumpat) sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

"Operasi SAR itu dilakukan sejauh satu kilometer dari tempat mangsa dikatakan terjun," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel