Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 300 pempamer sertai Agrofest Sarawak 2019


Tarikh kemaskini: 28/10/2019





KUCHING, 28 Okt -- Lebih 300 pempamer dari seluruh negara dijangka menyertai pameran pertanian perdana edisi kedua, AgroFest Sarawak 2019, di Dataran Perayaan, Jalan Stadium Petra Jaya. di sini, dari 21 Nov hingga 1 Dis ini.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Roland Sagah Wee Inn, berkata pameran tersebut bertujuan menyediakan platform dinamik untuk petani, usahawan, pembekal dan peserta industri untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka.

Pameran bertema 'Transformasi Pertanian Menerusi Teknologi Pintar’  dianjurkan untuk menampilkan teknologi pertanian terkini khususnya teknologi perladangan pintar dalam mempromosikan Sarawak sebagai penerajui dalam bidang pertanian moden, katanya.

“Ia adalah inisiatif penting di bawah Pelan Transformasi Pertanian Sarawak menerusi pemodenan dan pengkomersialan bagi menjadikan Sarawak sebagai hab pertanian di rantau ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, sempena dengan AgroFest Sarawak 2019, beberapa aktiviti utama turut berlangsung iaitu Pavilion Agensi Pertanian yang mempamerkan dasar transformasi pembangunan pertanian serta perancangan agensi kerajaan, institusi dan syarikat-syarikat induk dalam bidang pertanian.

Di samping itu, katanya, Pavilion Perladangan Pintar akan menonjolkan teknologi pertanian moden dan ketepatan seperti teknologi digital ladang dan pemetaan tanah, fertigasi, teknologi filem nutrien dan sistem pertanian hidroponik.

Orang ramai dijemput melawat pameran tersebut untuk mendapatkan maklumat terkini serta menikmati aktiviti dan program yang dianjurkan sepanjang pameran 10 hari itu.

Mereka juga boleh mendapat maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang pameran tersebut di alamat www.sarawakagrofest.com.my.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel