Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

RM13.2 juta dilaburkan dalam projek tebatan banjir Jelutong


Tarikh kemaskini: 28/10/2019





GEORGE TOWN, 28 Okt -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang melaburkan RM13.2 juta dalam lapan projek tebatan banjir di Jelutong, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa Jagdeep Singh Deo.

Beliau berkata  projek tebatan banjir di Jelutong melibatkan memperbaiki dan menaik taraf sistem saliran dan jalan raya.   

“(Daripada lapan projek itu) satu daripadanya telah siap, lima daripadanya sedang berjalan dan dua lagi dalam proses tender tidak lama lagi, “ katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, lima projek yang sedang berjalan itu dijangka siap pada Mac tahun hadapan.

Jagdeep, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat berkata RM3 juta lagi dilaburkan   untuk meninggikan paras Jalan P.Ramlee selain daripada menaik taraf sistem saliran sedia ada menjelang tahun hadapan.   

Beliau berkata Jalan P.Ramlee terletak di kawasan rendah dan sering dilanda banjir apabila hujan lebat, terutamanya dalam musim antara monsun.

“Projek tebatan banjir di Jalan P.Ramlee sekarang ini masih lagi dalam proses reka bentuk dan dokumen tender sedang disediakan,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel