Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bot karam: mangsa selamat berdiam diri, tidak bekerjasama


Tarikh kemaskini: 28/10/2019





LAHAD DATU, 28 Okt -- Mangsa lelaki yang selamat dalam kejadian bot karam pada Khamis lepas, bertindak berdiam diri berhubung insiden yang mengorbankan dua nyawa dan enam termasuk dua kanak-kanak masih tidak ditemui dan dikhuatiri lemas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor ketika dihubungi Bernama berkata lelaki berkenaan tidak mahu memberikan kerjasama sepenuhnya.

Mangsa yang berusia 29 tahun berasal dari Sibutu, Filipina itu ditemui selamat pada 24 Okt lalu di perairan Merabung oleh seorang juragan kapal nelayan.

Dalam pada itu, Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri berkata Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kelima ditangguhkan dan disambung esok.

"Tiada petunjuk keberadaan mangsa atau bangkai bot karam," katanya turut bersama dalam pencarian itu oleh Pasukan Gerakan Udara.

Selain itu, katanya pencarian di sempadan Filipina oleh the Philippines National Police Maritime Group (PNP MG) juga tidak menemukan mangsa.

Dilaporkan sebelum ini, sembilan individu menaiki sebuah bot dari Sibutu, Filipina dipercayai karam, sebelum seorang mangsa lelaki yang selamat ditemui di perairan Merabung, Tungku dekat sini pada Khamis.  

Manakala seorang wanita ditemui mati terapung di perairan Bangingod, Tungku pada Jumaat, dan seorang lelaki berusia 40-an ditemui hanyut di perairan Pulau Mataking, menjadikan enam individu lagi masih hilang.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel