Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemikiran kritis di universiti penting bagi pembangunan negara


Tarikh kemaskini: 28/10/2019





KOTA KINABALU, 28 Okt -- Penekanan terhadap kemahiran pemikiran kritis dalam kalangan pelajar universiti adalah elemen penting bagi pembangunan lestari dan pembangunan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Pengerusi Institut Pemikiran dan Tamadun Islam, berkata kemahiran pemikiran kritis adalah penting untuk melakukan perubahan bagi membantu meningkatkan kehidupan ekonomi masyarakat.

“Tanpa pemikiran kritis, anda tidak dapat menghasilkan rumusan secara menyeluruh. Di universiti, kita perlu belajar, menilai dan menyoal,” katanya semasa menyampaikan ceramah umum pada Seminar Antarabangsa Integrasi Ilmu di Universiti Malaysia Sabah, di sini, hari ini.

Anwar, yang juga presiden PKR, berkata integrasi ilmu juga penting untuk memahami tentang keadilan, moral dan etika serta keseimbangan hubungan dalam komuniti.

“Masyarakat perlu berusaha mencapai kecemerlangan tetapi pada masa sama menjaga keharmonian, kerohanian dan material, pengetahuan dan tingkah laku,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel