Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Banjir di Pulau Pinang: Sebuah lagi PPS di Bukit Mertajam ditutup


Tarikh kemaskini: 29/10/2019





BUKIT MERTAJAM, 29 Okt -- Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Dewan Rukun Tetangga Taman Suria Aman, di sini yang sebelum ini menempatkan lima mangsa banjir di tutup selepas mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata mereka yang terdiri daripada dua keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air surut.

"Sehingga pagi ini, seramai 80 mangsa banjir daripada 21 keluarga masih ditempatkan di tiga PPS, meningkat sedikit berbanding 78 mangsa daripada 19 keluarga malam tadi," katanya hari ini.

Beliau berkata seramai 46 orang daripada 10 keluarga masih berada di PPS Dewan Orang Ramai Taman Sukun dan seramai 15 orang daripada lima keluarga di tempatkan di Dewan Orang Ramai Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tok Suboh.

Menurutnya sebuah lagi PPS iaitu Tadika Kemas Kampung Manggis pula masih menempatkan seramai 19 orang daripada enam keluarga.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     

DUN Perlis: SAP sedia pelan jangka pendek, jangka panjang atasi masalah air

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel