qBfOIHuS5Rc Mangsa banjir di Johor meningkat sedikit kepada 498 orang
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mangsa banjir di Johor meningkat sedikit kepada 498 orang


Tarikh kemaskini: 29/10/2019





JOHOR BAHRU, 29 Okt  -- Jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di lima daerah di Johor meningkat sedikit pagi ini kepada 498  orang daripada 122 keluarga.

Angka itu mengalami perubahan berbanding 482 orang daripada 118 keluarga setakat pukul 8 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon berkata setakat 8 pagi ini, mangsa banjir yang terjejas juga masih mendapat perlindungan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, daripada jumlah itu, empat PSS berada di daerah Kluang, dua di Kulai dan masing-masing satu di daerah Batu Pahat, Pontian serta Johor Bahru.

"Daripada sembilan PPS, hanya satu PPS di Kulai yang mengalami sedikit peningkatan jumlah iaitu Surau Kampung Sungai Siam yang kini menempatkan 57 orang daripada 13 keluarga, berbanding  46 orang daripada 10 keluarga malam tadi,”  katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu di Kluang, PPS Balai Raya Kampung Parit Haji Hashim masih menempatkan 21 orang daripada tujuh keluarga, manakala Dewan Kampung Kolam Air pula 35 orang daripada sembilan keluarga.

“Begitu juga jumlah mangsa banjir di PPS Dewan Gabungan Besar Kampung Shaari, kekal  43 orang daripada  13 keluarga dan Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah Renggam,  51 orang daripada 15 keluarga manakala di daerah Kulai, masih mencatatkan angka mangsa banjir tertinggi iaitu 161 orang daripada 36 keluarga ditempatkan di Masjid Al Muhajrin,” katanya.

Tan berkata  di Johor Bahru pula, PPS Dewan SK Taman Daya 2, menempatkan 26 orang daripada enam keluarga, diikuti daerah Batu Pahat iaitu 16 orang daripada tiga keluarga di SK Sungai Kajang berikutan ribut.

SK Melayu Raya di Pontian juga masih menempatkan 88 orang daripada 20 keluarga.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel