Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

757 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu musim perayaan di Sabah


Tarikh kemaskini: 29/10/2019





KOTA KINABALU, 29 Okt-- Sebanyak 757 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu sempena musim perayaan yang dilaksanakan Polis Kontinjen Sabah sejak 21 hingga 25 Okt lepas.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kontinjen Sabah Datuk Ahmad Fadzillah Mohamed berkata saman berkenaan dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang operasi yang dijalankan sempena perayaan Deepavali.

"Operasi bersepadu itu dijalankan di 20 daerah di seluruh Sabah dan diselaraskan oleh JPJKK yang antara lainnya menumpukan kepada beberapa kesalahan seperti pecah rumah, samun, ragut, curi kenderaan dan pendatang asing," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sepanjang operasi itu, seramai 87 orang ditangkap atas pelbagai jenis kesalahan jenayah termasuk kesalahan dadah.

"Mereka yang ditahan adalah antara 8,504 orang yang diperiksa sepanjang operasi itu," katanya.

Beliau berkata operasi berkenaan melibatkan semua elemen polis dan ia disertai 201 pegawai kanan, 1,192 anggota dan 95 sukarelawan simpanan polis.

"Kita berharap dengan adanya operasi seperti ini dapat memberi impak besar kepada penurunan kadar jenayah di seluruh negera. Oleh itu JPJKK Kontinjen Sabah terus komited melaksanakan operasi seumpama ini di musim-musim akan datang," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel