Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pameran MATTA Pulau Pinang raih jualan RM32.5 juta


Tarikh kemaskini: 29/10/2019





Oleh Goh Kok Guan

GEORGE TOWN, 29 Okt (Bernama) -- Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Pulau Pinang baru-baru ini, berjaya mencatat jualan sebanyak RM32.5 juta.

Malah, jumlah dicatatkan di pameran pengembaraan terbesar Malaysia itu yang diadakan di Arena SPICE Setia pada 11-13 Oktober lepas, meningkat kira-kira RM900,000 berbanding acara sama pada September tahun lepas walaupun berkurangan RM9.11 juta daripada angka yang direkodkan pada April lepas.

Setiausaha Agung MATTA, Nigel Wong berkata tumpuan pasaran bagi acara dwitahunan di Pameran MATTA Pulau Pinang itu juga berbeza daripada sebelum ini.

Beliau berkata jika kebanyakan pengunjung pameran sebelum ini membeli pakej pelancongan pada musim kemuncak, kali ini ramai sebaliknya memilih waktu di luar musim puncak, pelancongan dalam negara atau domestik serta pakej perjalanan yang tidak dirancang.

“Lazimnya pameran yang diadakan separuh pertama tahun terbabit akan mencatat jualan lebih tinggi berbanding tempoh separuh kedua dan ini juga yang berlaku pada pameran MATTA yang diadakan di Kuala Lumpur," katanya kepada Bernama.

Wong berkata bilangan pengunjung di Pameran MATTA Pulau Pinang itu juga berkurangan daripada 35,045 orang pada April lepas kepada 32,450 orang berikutan keadaan pasaran yang lebih perlahan serta pertukaran lokasi pameran.

Menurutnya, lokasi kali ini habis ditempah dengan kesemua 296 ruang pameran telah dipenuhi sehinggakan pihaknya terpaksa menolak banyak permohonan lain.

Sehubungan itu, beliau berkata MATTA akan meninjau lokasi lain di Pulau Pinang yang berpotensi untuk pameran seumpamanya pada masa depan.

“Pihak kami belum menetapkan lagi tarikh pameran akan datang (di Pulau Pinang), tetapi menyasarkan untuk menawarkan pakej yang lebih pelbagai, lebih banyak destinasi dan lokasi lebih besar bagi menampung lebih banyak ruang pameran," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel