Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Salleh serah kepada PKR bincang, pertimbang permohonannya sertai PKR


Tarikh kemaskini: 29/10/2019





KOTA KINABALU, 29 Okt -- Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyerahkan sepenuhnya kepada PKR untuk berbincang dan mempertimbangkan permohonannya untuk menyertai parti itu.

Salleh, yang pernah menjadi menteri Persekutuan dalam kerajaan terdahulu itu berkata, beliau telah dimaklumkan secara peribadi oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keahliannya dalam parti.

“Saya faham dan terima mengapa pimpinan pusat PKR memutuskan untuk diberi sedikit masa supaya dapat berbincang mengenai keahlian saya.

“Saya berharap diberikan peluang untuk memberi sumbangan dengan sedaya upaya saya ke arah pemupukan politik progresif berbilang kaum yang mengutamakan kestabilan dan kesederhanaan, untuk negeri Sabah khususnya, dan Malaysia amnya,” kata Salleh dalam catatan terbaharu blog beliau sallehsaid.com hari ini.

Salleh berkata, beliau akan memberi komitmen serta kerjasama dengan PKR dalam menjayakan agenda reformasi dan politik perubahan demi kebaikan rakyat.

Semalam, Anwar berkata, PKR tidak ada masalah menerima permohonan keahlian Salleh untuk menyertai parti itu, bagaimanapun, pimpinan parti pusat memutuskan untuk diberikan sedikit masa bagi membincangkan lebih lanjut berhubung permohonan berkenaan.

Anwar menjelaskan bahawa ia tidak bermaksud PKR menolak permohonan Salleh, namun, pimpinan parti mahu mengambil kira pandangan daripada negeri dan cabang termasuk sentimen ahli PKR di peringkat akar umbi terlebih dahulu, memandangkan Salleh adalah seorang pemimpin terkenal dengan kesetiaannya kepada Barisan Nasional dan UMNO.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel