Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah masters kembali setelah tiga tahun menyepi


Tarikh kemaskini: 29/10/2019





KUALA LUMPUR, Oct 29 -- Setelah tiga tahun menyepi, Sabah Masters, kejohanan golf yang popular di rantau ASEAN sekitar tahun 90’an akan kembali dalam kalender jelajah Asian.

Kejohanan empat hari itu yang dijadualkan bermula  21 Nov depan di Kelab Golf dan Desa Sutera Harbour di Kota Kinabalu, menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak AS $ 300,000 (RM1.255 juta).

Pesuruhjaya dan Ketua Pegawai Pelancongan Asia, Cho Minn Thant berkata, kejohanan itu akan menjadi platform terbaik untuk mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan menerusi liputan global Tour melalui saluran media digital dan platform televisyen.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tourism Malaysia dan Sutera Harbour atas sokongan mereka. Saya berharap dapat memantapkan kejayaan Masters Sabah bulan depan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Asian Tour, hari ini.

Bagi  pemain golf kebangsaan, Ben Leong, beliau tidak sabar-sabar untuk bermain dalam acara Tour Asia di negari asalnya.

“Kami telah bermain di Sabah dalam Jelajah Pembangunan Asia (ADT), tetapi ini adalah kali pertama dalam 20 tahun kami akan bermain dalam  acara Jelajah  Asia di sini. Ini akan menjadi rangsangan besar untuk Sabah, "menurut anak kelahiran Kota Kinabalu  itu yang mencipta  kejayaan dalam Jelajah Asia Masters 2008  seluruh dunia.

Pengurus Besar Kelab Golf dan Desa Sutera Harbour, Rick Blackie juga menyatakan mereka sangat gembira untuk menjadi tuan rumah kepada  satu lagi kejohanan utama yang secara tidak langsung akan mempromosikan tempat itu ke rantau Asia.

Untuk rekod, Namchok Tantipokhakul dari Thailand, meraih gelaran Masters Sabah ketika kali terakhir diadakan pada 2016 di tempat yang sama di bawah kalendar Jelajah  PGA ASEAN.

 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel