Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu e-hailing wanita rugi RM35,000 disamun dua lelaki


Tarikh kemaskini: 29/10/2019





JOHOR BAHRU, 29 Okt (Bernama) -- Seorang pemandu e-hailing wanita kerugian RM35,000 apabila kereta Proton Saga, beberapa barang serta dokumen pentingnya disamun dua lelaki di jalan susur Taman Rinting, Lebuhraya Pasir Gudang, Masai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata kejadian kira-kira 8 malam itu berlaku ketika mangsa berumur 26 tahun tersebut sedang membawa dua lelaki yang juga penumpangnya itu menaiki kenderaan berkenaan dari bandar raya Johor Bahru, menuju ke Taman Rinting.

Beliau berkata kedua-dua lelaki tersebut merupakan rakyat tempatan yang dianggarkan berumur dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun.

"Semasa tiba di jalan susur itu, seorang daripada lelaki berkenaan, yang duduk di kerusi penumpang hadapan telah meminta mangsa untuk menghentikan kenderaan untuk turun.

"Kemudian seorang lagi lelaki menekup muka mangsa menggunakan tangan yang dipercayai diletakkan serbuk lada hingga menyebabkan mata mangsa pedih, lalu mangsa ditarik keluar dari kenderaannya dan kenderaan itu dilarikan," katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Ismail berkata, bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

Beliau sehubungan itu, menasihati orang ramai terutama pemandu e-hailing supaya lebih berwaspada dan berhati-hati dalam mengambil penumpang.

"Kenal pasti wajah dan diskripsi mereka (penumpang) untuk bantu pihak polis jika berlaku kes seumpama ini," katanya.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel