Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat pelajar lemas ditemukan


Tarikh kemaskini: 30/10/2019





KUALA TERENGGANU, 30 Okt  -- Mayat seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang dikhuatiri lemas di sungai Kampung Tuan Chik, Bukit Tunggal, di sini, ditemukan 50 meter dari lokasi kejadian pada 11.02 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata mayat Danial Danish Mohd Jasmin, 14, telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

“Mangsa ditemui terapung dan dalam keadaan tertiarap oleh anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang berada di kawasan tersebut untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, mangsa bersama bersama empat sahabatnya memancing di sungai itu sebelum beliau dibawa arus pada 2.45 petang.

Danial Danish dikatakan sempat mencapai tangan sahabatnya namun terlepas dan dilihat tenggelam ke dalam sungai berkenaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel