Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki maut tertimbus ketika gali perigi


Tarikh kemaskini: 30/10/2019





KOTA BHARU, 30 Okt -- Seorang lelaki mati tertimbus di dalam perigi yang digalinya berhampiran Rumah Anak Yatim Bukit Peraksi, Pasir Puteh di sini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku pada  10.46 pagi apabila  mangsa, Terrance Dunstan Anak Peter, 36, masuk ke dalam lubang sedalam 3 meter itu untuk meletakkan gelung simen setelah selesai menggali menggunakan jentolak bersama rakannya apabila tiba-tiba tebing perigi itu runtuh

“Penduduk kampung  membantu mengeluarkan mangsa dan  dihantar ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Azhar Elmi berkata mayat mangsa yang berasal dari  Skibang, Bau, Sarawak diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel