Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Nik Akif kekal bersama Kelantan musim depan


Tarikh kemaskini: 30/10/2019





KOTA BHARU, 30 Okt -- Pemain tengah pasukan The Red Warriors (TRW) Nik Akif Syahiran Nik Mat kekal bersama pasukan itu pada saingan Liga Premier musim hadapan.

Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berkata pemain muda terbabit masih bersama pasukan itu berikutan mempunyai kontrak sehingga musim 2021.

"Dia (Nik Akif) antara pemain tempatan musim ini yang kekal, bagi memperkuatkan pasukan menghadapi cabaran pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) terutamanya Liga Premier.

“Latihan pasukan akan bemula 3 Nov ini bagi mempersiapkan pasukan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sebelum ini beberapa portal berita melaporkan pemain muda yang meningkat naik itu bakal meninggalkan pasukan Kelantan, untuk menyertai pasukan baharu pada saingan musim 2020.

Husin berkata ketika ini pihak pengurusan dan barisan kejurulatihan pasukan sedang melakukan penilaian terhadap pemain import, bagi memperkuatkan pasukan.

"Kami akan mendapatkan empat khidmat pemain import bagi memenuhi kuota empat pemain asing yang dibenarkan kepada pasukan Liga Premier, namun posisi mereka bergantung kepada keperluan pasukan dan bajet persatuan.

"Kami tidak mahu tergesa-gesa dalam pemilihan pemain import, supaya kami memperolehi pemain yang mempunyai kualiti bersesuaian dengan bajet yang kami ada.

Beliau berkata pihak pengurusan dan barisan jurulatih melakukan penilaian terhadap pemain yang bermain di Liga Thailand dan Indonesia bagi mendapatkan kuota pemain import bagi kuota Asean.

"Liga dua negara itu agak tinggi kualiti berbanding negara Asean lain, kami boleh melihat kemampuan sebenar pemain ketika liga kedua-dua berlangsung," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel