Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Banjir di Johor pulih sepenuhnya


Tarikh kemaskini: 30/10/2019





JOHOR BAHRU, 30 Okt -- Seramai 16 orang daripada tiga keluarga di Batu Pahat yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sejak 23 Okt lepas, akibat ribut, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.

Perkembangan terbaru ini menunjukkan banjir pulih sepenuhnya di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata kesemua mereka merupakan penduduk Kampung Sungai Kajang dan Bagan.

"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kajang, yang dibuka pada 4.30 petang, 23 Okt lepas bagi menempatkan kesemua mereka ditutup sepenuhnya pada 6 petang tadi," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata PPS SK Sungai Kajang berkenaan merupakan PPS terakhir yang ditutup di negeri ini.

Menurut Tan, Bilik Gerakan Bencana Daerah Kluang pula ditutup sepenuhnya pada 5 petang tadi selepas banjir di daerah itu pulih sepenuhnya, namun, Bilik Gerakan Bencana Negeri masih dibuka secara dalaman sejak dua hari lepas, bagi memantau sebarang kemungkinan.

Petang tadi, dua PPS yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Parit Haji Hashim dan Kampung Sungai Linau, di Kluang, ditutup sepenuhnya pada 4 petang, sekaligus menyaksikan banjir pulih sepenuhnya di negeri ini.

PPS Balairaya Kampung Parit Haji Hashim, menempatkan dua orang daripada dua keluarga manakala SK Sungai Linau, menempatkan 26 orang daripada tujuh keluarga.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel