Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua remaja 'kait' wang tabung masjid ditahan


Tarikh kemaskini: 31/10/2019





KUANTAN, 31 Okt -- Dua remaja lelaki berumur 16 tahun ditahan sekumpulan jemaah Masjid Al-Falah Perkampungan Sungai Isap 2 di sini, awal pagi tadi kerana disyaki mencuri wang tabung masjid. 

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata remaja berkenaan dipercayai masuk ke masjid pada 12.55 tengah malam tadi, bersama seorang lagi rakan yang dapat meloloskan diri daripada kepungan jemaah tersebut. 

"Keterangan jemaah masjid mendakwa suspek masuk ke ruangan solat wanita dan terus ke tabung yang diletakkan di bahagian belakang sebelum dilihat seperti mengait wang di dalamnya. 

"Jemaah masjid kemudiannya menyerbu kawasan itu dan menahan suspek bersama satu penyangkut baju yang diubah suai, beg silang serta wang tunai berjumlah RM109 sebelum menghubungi polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohamad Noor berkata kedua-dua suspek yang berasal dari daerah ini juga didapati positif dadah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. 

Difahamkan, jemaah masjid mula membuat intipan sejak Sabtu lepas ekoran kecurian semakin kerap berlaku termasuk sebuah tabung besi yang dilekatkan di pintu utama dilarikan selain pernah berlaku ada yang membuang air kecil di dalam tabung. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel