Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ketua kampung, MPKK perlu main peranan bantu banteras dadah


Tarikh kemaskini: 31/10/2019





KOTA KINABALU, 31 Okt -- Pemimpin akar umbi terutama ketua kampung dan pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu memainkan peranan membantu pihak berkuasa membanteras jenayah dadah di kawasan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu Datuk Limus Jury berkata sebagai pemimpin peringkat akar umbi, mereka perlu memastikan kawasan masing-masing bebas daripada gejala dadah yang menjadi perosak bangsa dan negara.

"Selain menjadi mata dan telinga kepada kerajaan, ketua kampung dan MPKK perlu memantau segala kegiatan jenayah khususnya dadah...segera laporkan kepada polis sekiranya terdapat kegiatan menagih atau mengedar dadah di kampung masing-masing.

"Sekarang kita melihat laporan berita bahawa kegiatan dadah bukan sahaja di bandar-bandar, malah ia sudah merebak sehingga ke kampung-kampung dan masalah ini sangat membimbangkan," katanya ketika merasmikan Kursus Induksi MPKK bahagian Kuala Penyu di sini, hari ini.

Mengenai majlis itu, Limus berkata seramai 104 MPKK bagi kawasan Kuala Penyu menyertai kursus selama tiga hari bermula hari ini yang dianjurkan Institut Kemajuan Desa (INFRA) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

"Kursus ini mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus dan mentadbir kampung. Oleh itu saya mahu melihat tadbir urus desa, perancangan aktiviti, pengurusan mesyuarat, akaun dan kewangan, permohonan geran bahkan pangkalan data kampung menjadi mantap selepas ini," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel