Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Remaja OKU antara 41 individu ditahan positif syabu


Tarikh kemaskini: 31/10/2019





MIRI, 31 Okt -- Dua remaja orang kurang upaya (OKU) adalah antara 41 individu yang ditahan  positif dadah dalam operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama enam hari bermula Jumaat lepas.

Ketua AADK Miri, Mazlan Jikran berkata kesemua suspek yang berumur antara 16 dan 50 tahun didapati positif dadah jenis syabu setelah ujian saringan awal air kencing dijalankan ke atas mereka semasa operasi.

“Dua OKU lelaki tersebut berumur 18 dan 27 tahun. Pada mulanya keluarga masing-masing tidak percaya penglibatan dua suspek tersebut namun setelah ujian saringan awal air kencing mengesahkan mereka positif dadah, keluarga dua OKU berkenaan akur dengan keputusan ujian itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mazlan berkata operasi tersebut dijalankan bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta Jawatankuasa Keselamatan Penduduk (JKP) meliputi sekitar bandar raya Miri iaitu di kawasan Tudan, Senadin, Permyjaya, Pujut Adong, Pujut Padang Kerbau, Kampung Wireless dan kawasan Taman Tunku pada 25 hingga 28 Okt lalu.

“Operasi diteruskan di daerah Subis pada 28 hingga 30 Okt melibatkan kawasan simpang Bekenu Lama, Kampung Subak dan kawasan Suai Niah,” katanya dan menambah kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel