Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan bakal perkenal sistem pengurusan ladang untuk tingkat hasil pertanian - Dr Mahathir


Tarikh kemaskini: 31/10/2019





PONTIAN, 31 Okt  -- Kerajaan akan memperkenalkan pengurusan pertanian yang cekap menerusi sistem 'pengurus ladang' atau 'farm managers', bagi menjana pendapatan yang lebih baik buat golongan petani, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata menerusi sistem itu, petani mampu meraih pendapatan yang baik, walaupun kebun atau ladang berkeluasan kecil dan tidak hanya bergantung pada tanaman getah dan sawit semata-mata.

Jelas Dr Mahathir, kaedah itu adalah sistem yang sama, seperti diguna pakai di ladang-ladang estet yang dipanggil 'estate managers'.

"Kita akan perkenalkan cara pengurusan pertanian seperti di estet, tetapi ia dipanggil sebagai 'farm managers',” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata menerusi cara itu, tanah-tanah kecil yang ada diusahakan sebagai satu ladang, yang memberi pulangan lebih baik yang tidak sama seperti tanaman getah dan sawit.

"Bila kita hanya harapkan getah dan sawit, apabila harga (getah dan sawit) jatuh kita akan terkesan," katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan juga sedang mengkaji dan akan melaksanakan kaedah baharu pertanian, dengan penggunaan teknologi moden bagi membantu petani.

"Sekarang ini, bercucuk tanam bukan sahaja dibuat atas tanah yang luas, tapi dalam bekas kecil, guna tanah yang sikit dan ditanam secara bertingkat boleh tanam macam-macam tanaman...dapat jana hasil yang lebih baik.

"Dengan teknologi moden, tanah dengan keluasan yang kecil, atau tanah yang kurang subur pun.. kita boleh menjana pendapatan yang lebih, " katanya.

Dr Mahathir berkata pelbagai inisiatif pertanian moden akan dibangunkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, namun memerlukan kerjasama rakyat untuk menjayakannya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel