Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kastam LTAK rampas dadah bernilai RM505,900, tahan dua individu


Tarikh kemaskini: 31/10/2019





KUCHING, 31 Okt  -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) merampas 10.118 kilogram (kg) dadah bernilai RM505,900 serta menahan dua individu pagi semalam. 

Pengarah Kastam Sarawak Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata dadah jenis Methamphetamine terbabit ditemui semasa pemeriksaan ke atas dua bagasi milik seorang lelaki dan seorang wanita yang masing-masing berusia awal 40an dan lewat 20an itu selepas tiba dari Pulau Pinang kira-kira pukul 8.55 pagi.

Katanya, dadah itu ditemui dalam dua kotak ‘barbeque pot’ yang disembunyikan dalam bagasi milik kedua-dua suspek selepas pemeriksaan rapi dijalankan oleh Pegawai Cawangan Narkotik JKDM Kuching.

“Anggaran berat kasar kesemua lima bungkusan bahan kristal daripada bagasi wanita berkenaan yang disyaki dadah itu adalah 5,049 gram manakala berat kasar bagi kesemua lima bungkusan daripada bagasi lelaki tersebut adalah 5,069 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek kini ditahan reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, dengan penemuan itu, nilai rampasan dadah oleh JKDM Sarawak sejak Januari 2019 sehingga kini adalah sebanyak RM2.3 juta.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel