Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sarawak tidak gugur tuntutan royalti 20 peratus


Tarikh kemaskini: 31/10/2019




KUCHING, 31 Okt -- Kerajaan Sarawak tidak menggugurkan tuntutan royalti minyak sebanyak 20 peratus daripada Petronas.

Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan rundingan dengan kerajaan persekutuan ketika ini berdasarkan kepada tuntutan berkenaan.

"Merujuk kepada artikel yang diterbitkan hari ini di portal berita dalam talian Star dan pelbagai portal lain, menyatakan Sarawak menggugurkan tuntutan royalti minyak sebanyak 20 peratus daripada kerajaan persekutuan.

"Artikel ini mengelirukan dan berniat menyusahkan," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan di sini.

Portal berita tempatan hari ini melaporkan bahawa perunding utama menyatakan Sarawak akan menggugurkan tuntutan royalti sebanyak empat kali ganda yang dibayar oleh syarikat minyak negara Petronas tetapi menuntut perjanjian perkongsian pengeluaran dan perjanjian lain.

 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel