Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Salur maklumat sahih, tepat kepada masyarakat - Samsuni


Tarikh kemaskini: 01/11/2019





KOTA KINABALU, 1 Nov -- Setiap media cetak dan elektronik perlu meletakkan integriti sebagai keutamaan bagi memastikan maklumat dalam bentuk berita yang disiarkan adalah tepat dan sahih.

Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Samsuni Mohd Nor berkata dalam memastikan media cetak dan elektronik terus relevan dengan perkembangan terkini, maklumat yang tepat dan sahih harus diberi keutamaan untuk disalurkan kepada masyarakat.

“Di peringkat Pejabat Persekutuan Sabah, kerjasama media sangat diperlukan dalam membantu menyalurkan maklumat terkini kepada masyarakat khususnya berkaitan dasar-dasar kerajaan dan program pembangunan yang dilaksanakan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Malam Media anjuran Jabatan Penerangan Sabah di sini, malam tadi yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Norzawiyah Bulka.

Terdahulu, Norzawiyah dalam ucapannya berkata industri media di Malaysia berdepan pelbagai cabaran dengan arus perkembangan teknologi digital hari ini, menyebabkan trend masyarakat berubah daripada media konvensional kepada media digital. 

"Keadaan ini juga mengakibatkan sebilangan rakan-rakan kita baik di Sabah dan Semenanjung, ramai yang terpaksa berpindah ke agensi media yang lain. Lebih malang lagi, ramai juga yang telah kehilangan pekerjaan dan kita amat bersimpati," katanya.

Menurutnya, kemunculan media baharu juga semakin hari semakin mencabar kemampuan media arus perdana terutama kepada media cetak. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel