Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki warga emas maut ketika mendaki bukit di Putatan


Tarikh kemaskini: 01/11/2019





KOTA KINABALU, 1 Nov -- Seorang lelaki warga emas maut ketika menjalankan aktiviti mendaki di Bukit Lampaki, Kampung Tanaki, Putatan, dekat sini, petang semalam.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, mangsa Chin Yen Kui, 70, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan sebaik dibawa turun dari bukit berkenaan menggunakan pengusung.

Bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pukul 3.20 petang.

Seramai tujuh pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat Penampang bergegas ke lokasi kejadian melalui jarak sejauh 10 kilometer dari balai dengan menaiki jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba bertindak memberi rawatan awal dan seterusnya membawa mangsa turun menggunakan pengusung. Pemeriksaan lanjut pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” menurut jabatan itu.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel