Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PAS harap Berjasa tarik balik hasrat letak calon untuk PRK Tanjung Piai


Tarikh kemaskini: 01/11/2019





PONTIAN, 1 Nov -- Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) yang mahu meletakkan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai diharap dapat menarik balik hasrat itu bagi menghormati kerjasama parti itu bersama PAS di bawah Gagasan Sejahtera. 

Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin berkata, Berjasa yang berada di bawah Gagasan Sejahtera bersama PAS dan Ikatan adalah terikat dengan kerjasama di bawah gagasan itu.

Katanya, dalam kes PRK Tanjung Piai, PAS pula menghormati keputusan Barisan Nasional (BN), yang ditunjangi UMNO, untuk meletakkan calon dari MCA berikutan kerjasama menerusi piagam Muafakat Nasional bersama UMNO.

"Saya menasihati mereka (Berjasa) supaya jangan berbuat demikian (meletakkan calon sewaktu penamaan esok). Kita (PAS) dah beri laluan kepada BN untuk letakkan calon, maka BN dah putuskan calon yang bertanding adalah MCA,” katanya kepada Bernama, ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, PAS serta parti-parti di bawah Gagasan Sejahtera perlu membuktikan mereka berfikiran terbuka.

Semalam, Berjasa mengumumkan akan bertanding pada PRK Tanjung Piai, malah telah membuat bayaran deposit kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi semalam.

Berjasa dilaporkan mahu memberi pilihan kepada pengundi Melayu Islam di Parlimen Tanjung Piai untuk memilih calon Muslim di bawah parti itu.

Sehingga kini, tiga calon telah diperkenalkan oleh parti masing-masing untuk bertanding kerusi Parlimen berkenaan iaitu Karmaine Sardini, 66, dari Bersatu untuk Pakatan Harapan; Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, 55, dari MCA mewakili Barisan Nasional dan Wendy Subramaniam, 38, dari Gerakan.

Penamaan calon akan diadakan esok.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel