Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

101 mahasiswa sertai Program Pewaris Muda Peringkat Kebangsaan


Tarikh kemaskini: 01/11/2019





ALOR GAJAH, 1 Nov -- Seramai 101 mahasiswa menyertai Program Pewaris Muda Peringkat Kebangsaan 2019 selama empat hari bermula semalam melibatkan 37 keluarga angkat di Felda Tun Ghafar, Hutan Percha di sini.

Exco Komunikasi, Multimedia, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan Melaka, Kerk Chee Yee berkata program berkonsep komuniti dan keluarga angkat itu adalah platform baik untuk  melahirkan generasi berintegriti, ditunjangi nilai murni, sopan santun dan cintakan negara.

"Ini sekaligus membina pelapis pemimpin masa hadapan negara. Peluang ini gunakan sebaiknya menimba ilmu dan pengalaman kerana Melaka bumi yang kaya dengan sejarah serta kepelbagaian budaya dan adat resam.

"Alihkan seketika dunia maya dan media sosial, kembali kepada kepelbagaian budaya bangsa dan adat resam kerana sejauh mana pun kemajuan dicapai, tunjang ini wajar terus dipelihara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Melaka, Datuk Ginie Lim Siew Lin, Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid dan Pengarah Jabatan Penerangan Melaka, Mohd Rizal Hashim.

Program tahunan yang memasuki edisi ketujuh tahun ini, mula dilaksanakan di peringkat kebangsaan pada 2013 di Janda Baik, Pahang.

Kerk berharap pengalaman diperoleh generasi muda sepanjang program itu dapat diadaptasi dalam kehidupan seharian sekaligus menambah jati diri dan cintakan negara.

Beliau berkata, jalinan yang wujud melalui program itu wajar diteruskan walaupun program telah berakhir dan mahasiswa boleh saling berhubung dengan keluarga angkat dan berkongsi pengalaman menarik mereka mengenai kehidupan di sini terutama mengenai negeri Melaka kepada rakan sebaya serta dalam media sosial.

"Peserta semua adalah pemimpin masa hadapan dan aset negara yang cukup bernilai. Justeru kuatkanlah jati diri kerana walaupun memiliki kelulusan tinggi, semua peserta juga seharusnya memiliki keperibadian dan nilai tinggi," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel