Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kesusasteraan Melayu boleh jadi wadah perpaduan - Sasterawan Negara


Tarikh kemaskini: 01/11/2019





SANDAKAN, 1 Nov -- Kesusasteraan Melayu boleh menjadi wadah perpaduan masyarakat pelbagai suku kaum dan budaya di negara ini kata Sasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhammad Salleh.

Katanya usaha itu boleh mempertajamkan lagi pandangan terhadap keperluan hidup bersama dan mengukuhkan pelbagai kebudayaan di negara ini.

"Sabah selalu disebut sebagai negeri yang sudah berjaya merapatkan hubungan suku-suku kaumnya dan saya rasa, sastera juga patut buat begitu.

"Walaupun saudara datang daripada satu suku yang kecil, (tetapi) bukan bermakna suku dan nilai-nilai anda tidak penting.

"Kita boleh belajar daripada semua orang dan sastera patut tolong kita belajar apa yang dicipta, dikembangkan dan diberikan oleh semua suku," katanya ketika ditemui selepas Program Pertemuan Sasterawan Negara bersama Ilmuan di Universiti Malaysia Sabah cawangan Sandakan di sini hari ini.

Muhammad juga berkata bidang sains dan teknologi boleh diimbangi dengan bidang kesusasteraan agar nilai kemasyarakatan sentiasa terpelihara dalam era baharu.

Beliau berpendapat usaha mencari istilah baharu untuk digunapakai dalam bidang sains dan teknologi di negara ini wajar diambil daripada bahasa masyarakat setempat.

"Misalnya, kalau mahu mencipta istilah-istilah baharu dalam bidang (sains) pertanian, bawa (rujuk) masyarakat kampung yang tahu tentang pertanian, atau ajak para nelayan yang banyak pengalaman di laut," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel