Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Op Jelajah banteras bot pelancong bawa lebihan penumpang, jeti 


Tarikh kemaskini: 01/11/2019





KOTA KINABALU, 1 Nov  -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Sabah menjalankan Op Jelajah, bagi membanteras kegiatan bot pelancong yang membawa penumpang melebihi had dibenarkan dan jeti beroperasi dengan lesen tamat tempoh mulai semalam hingga petang tadi.

Operasi dua hari dengan kerjasama Jabatan Laut dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah itu dijalankan di tiga lokasi berasingan masing-masing di pusat peranginan di Pulau Mantanani dan sepanjang Sungai Rampaian, dekat Kota Belud, serta perairan Kinarut, Papar.

Pengarah Maritim Sabah Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata lima bot penumpang membawa pelancong ditahan, selepas disyaki melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen kerana didapati menggunakan khidmat juragan lain, selain yang dibenarkan dalam lesen.

Katanya Lima bot dan juragan antara 20-30 tahun yang ditahan itu adalah sebahagian daripada 16 bot yang diperiksa sepanjang operasi tersebut.

"Turut dikesan dalam Op Jelajah itu ialah empat jeti yang beroperasi dengan lesen tamat tempoh. Semua kesalahan ini akan dikompaun dan disiasat di bawah Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah dan MSO 1952," katanya kepada media di sini hari ini.

Kamaruszaman berkata Op Jelajah akan diteruskan bagi memastikan peraturan di laut dipatuhi semua pihak dan Maritim juga tidak akan berkompromosi dengan mana-mana pihak atau individu yang melanggar undang-undang.

"Operasi ini akan dapat menyekat sekali gus mengurangkan salah laku pengusaha dan pengendali bot serta pengusaha jeti. Ini bagi memastikan mereka lebih berhati-hati serta peka kepada aspek keselamatan semasa membawa dan menguruskan para pelancong yang datang ke negara kita," katanya.

Semua operator bot dan syarikat pelancongan turut dinasihatkan supaya mematuhi syarat sah lesen, selain tidak mengambil risiko membawa pelancong ke pusat peranginan terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu pada masa sekarang, bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku, katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel