Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

BNM lantik sembilan ahli Majlis Penasihat Syariah bagi tempoh 2019-2022


Tarikh kemaskini: 01/11/2019





KUALA LUMPUR, 1 Nov  -- Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan sembilan ulama dan pengamal Syariah terkemuka sebagai ahli Majlis Penasihat Syariahnya (MPS) bagi tempoh 1 Nov, 2019 hingga 31 Okt, 2022.

Dalam kenyataan hari ini, pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengikut Seksyen 53 (1) Akta Bank Negara Malaysia 2009.

Ahli-ahli itu ialah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Amanie Group Datuk Dr Mohd Daud Bakar; Ketua Pegawai Eksekutif ISRA Shariah International Consulting Sdn Bhd Prof Dr Ashraf Md Hashim; dan Pengarah Akademi Penyelidikan Shariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam (ISRA) Prof Dr Mohamad Akram Laldin.

Tujuh ahli lain ialah Profesor di Institut Perbankan Islam dan Kewangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Engku Rabiah Adawiah Engku Ali; Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Datuk A.Aziz A.Rahim; Ketua Unit Takaful ISRA, Burhanuddin Lukman; Timbalan Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir; Ketua Pejabat Kawalan Mutu Penyelidikan ISRA Dr Marjan Muhammad; serta Pengasas dan Rakan Kongsi Zainal Abidin & Co., Zainal Abidin Jamal.

"MPS adalah pihak berkuasa tertinggi bagi penentuan Syariah berhubung perniagaan perbankan Islam, perniagaan takaful dan perniagaan pembiayaan pembangunan Islam yang dijalankan oleh institusi kewangan yang diselia oleh Bank.

"Ia memainkan peranan penting dalam memelihara kesucian Syariah dan mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap industri kewangan Islam," menurut bank pusat itu.

MPS juga berfungsi untuk menasihati bank pusat mengenai sebarang isu Syariah berkaitan perniagaan, aktiviti atau transaksi kewangan Islam yang dilakukan oleh Bank.

"Sebagai pihak berkuasa tertinggi, keputusan MPS berfungsi sebagai rujukan kepada institusi kewangan Islam dalam memastikan semua perniagaan dan aktiviti, produk kewangan dan perkhidmatan mematuhi prinsip Syariah," katanya, sambil menambah keputusan mereka juga boleh digunakan sebagai rujukan oleh mahkamah dan penimbang tara dalam membantah pertikaian atau kes.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel