Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Abdul Rahman dilantik Timbalan Panglima TLDM yang baharu


Tarikh kemaskini: 01/11/2019





KUALA LUMPUR, 1 Nov  -- Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Abdul Rahman menggantikan Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar Yahya yang kini sedang bercuti sebelum bersara wajib pada 8 April tahun depan.

Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas antara Abdul Rahman dan Khairul Anuar disaksikan sendiri oleh Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.

Sementara itu, Mohd Reza dalam ucapannya menzahirkan rasa yakin kepimpinan baharu ini mampu membawa nama TLDM ke persada antarabangsa.

Abdul Rahman, 54, pernah memegang jawatan penting dalam perkhidmatannya selama 37 tahun, antaranya Pegawai Memerintah Merangkap Pegawai Kapal Diraja (KD) Perak, Pegawai Kanan Armada, Panglima Angkatan Kapal Selam,  Panglima Wilayah Laut 2 dan sebagai Panglima Armada Timur pada 25 Jun tahun lepas.

Anak kelahiran Johor Bahru, Johor yang menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Larkin dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Utara, Johor Bahru itu ditauliahkan sebagai Left Muda TLDM pada tahun 1984.

Sepanjang berkhidmat, Abdul Rahman yang merupakan lulusan Master in Defence Studies and Strategic dari University of Melbourne, Australia mempunyai kepakaran dalam bidang kapal selam.

Pada majlis itu juga, turut diadakan adalah upacara pemakaian pangkat Pegawai Kanan TLDM dan pegawai daripada Pasukan Simpanan Sukarelawan (PSSTLDM).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel