Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Caj RM1 bas Smart Selangor kepada warga asing


Tarikh kemaskini: 01/11/2019





SHAH ALAM, 1 Nov  -- Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk mengenakan caj sebanyak RM1 kepada warga asing sebagai bayaran menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor mulai tahun depan.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bagaimanapun berkata bagi warganegara Malaysia perkhidmatan bas itu kekal percuma.

“’Smart Selangor Delivery Unit’ akan menyediakan sistem ‘Tap To Ride’ pada semua Bas Smart Selangor bagi membolehkan warganegara menggunakan kad pengenalan untuk menaiki bas itu secara percuma.

Manakala kutipan caj terhadap perkhidmatan itu daripada warga asing pula digunakan untuk menyelenggara serta menambah jumlah laluan Bas Smart Selangor pada masa depan," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2020 yang bertemakan 'Selangor Negeri Unggul, Kehidupan Bermartabat' pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa ini, Bas Smart Selangor mempunyai 41 laluan di 11 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Justeru katanya, PBT disaran supaya mengambil pendekatan untuk menilai laluan bas tersebut agar lebih terhubung dengan jajaran dan stesen pengangkutan awam seperti Stesen Transit Aliran Massa (MRT), untuk memberi lebih manfaat kepada rakyat.

“Kerajaan negeri juga memberi jaminan akan mengekalkan kelangsungan perkhidmatan itu dengan peruntukan RM30 juta pada tahun depan," katanya.

Persidangan DUN ditangguhkan ke Isnin ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel