Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelan antirasuah organisasi JKM, komitmen kerajaan negeri Sabah perangi rasuah


Tarikh kemaskini: 01/11/2019





 

KOTA KINABALU, 1 Nov  -- Pelan Antirasuah Organisasi Jabatan Ketua Menteri (JKM) yang dilancar hari ini merupakan komitmen Kerajaan Negeri Sabah untuk memerangi rasuah dalam perkhidmatan awam negeri.

JKM merupakan jabatan kerajaan negeri pertama melancarkan pelan antirasuah itu yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ia membabitkan 26 organisasi di bawah jabatan itu dengan pelan berkenaan untuk tempoh masa lima tahun dari 2019 hingga 2023.

Berucap pada majlis pelancaran itu, Mohd Shafie mahu jabatan lain di negeri itu mempunyai pelan antirasuah masing-masing bagi memastikan tiada ketirisan menyumbang kepada rasuah dalam perkhidmatan awam negeri.

Katanya pelan ini dibuat dengan melalui penilaian risiko dan digubal sebagai panduan dalam memerangi rasuah.

"Komitmen kerajaan negeri adalah membanteras rasuah secara habis-habisan di semua peringkat khususnya di sektor awam.

Kita di Sabah (kerajaan negeri) bukan hanya mengurus tadbir kewangan secara teratur agar perkhidmatan awam sempurna tetapi memastikan tiada unsur ketirisan menyumbang kepada rasuah," katanya.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Mohd Shafie berkata Kerajaan Negeri Sabah adalah yang pertama melancarkan pelan antirasuah itu selepas Pelan Antirasuah Nasional dilancarkan di peringkat pusat pada Januari lepas oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yakin pelan antirasuah itu yang membabitkan semua agensi di bawah JKM membolehkan mereka memahami cara dan kaedah menangani rasuah.

"Saya berharap bukan hanya ada acara pelancaran tapi harus disusuli beberapa pertemuan, mesyuarat dan penjelasan membolehkan usaha berkesan dilakukan dalam menangani rasuah peringkat negeri Sabah.

Isu rasuah merupakan satu isu besar sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dan perlu ditangani masalah ini bukan hanya pendekatan dan pencegahan tetapi perlu tindakan," kata Mohd Shafie.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel