Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mindef perjelas isu kelewatan penghantaran helikopter MD530g


Tarikh kemaskini: 01/11/2019





KUALA LUMPUR, 1 Nov  -- Kelewatan penghantaran enam unit helikopter tempur ringan MD530G, yang melibatkan projek bernilai RM321.9 juta, adalah disebabkan pelbagai isu teknikal yang berkaitan dengan Syarikat Pembuat Asal (OEM).

Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, semasa pembinaan kerajaan telah mengkaji semula kesesuaian alatan serta spesifikasi helikopter itu dan mendapati pindaan serta perubahan perlu dibuat, agar aset yang diterima itu memenuhi keperluan agensi.

"Berdasarkan kepada kontrak asal, syarikat telah gagal mematuhi obligasi utamanya iaitu menghantar enam buah helikopter. Tarikh penghantaran bagi helikopter tersebut juga telah dipinda sebanyak tiga kali, namun tiada sebuah helikopter pun yang telah diserahkan kepada kerajaan sehingga hari ini.

"Kerajaan pula telah memenuhi obligasi dengan membuat pembayaran kepada syarikat sebanyak RM112.6 juta yang bersamaan dengan 35 peratus daripada RM321.9 juta nilai keseluruhan kontrak, iaitu sehingga bayaran milestone ke-6," demikian kata kenyataan itu.

Selain itu, Mindef sedang mengkaji maklumat dan maklum balas yang diterima daripada semua pemegang taruh (pemegang amanah) bagi memuktamadkan hala tuju mengenai perolehan helikopter ini.

"Kerajaan telah mengenal pasti beberapa opsyen yang boleh diambil, bagi menangani permasalahan perolehan ini dan akan memastikan sebarang keputusan yang diambil, hanya akan menyebabkan kerugian paling minima kepada kerajaan," katanya.

Oleh itu, kerajaan juga tidak akan terpengaruh dengan tekanan dari mana-mana pihak mengenai perolehan ini.

Pada 5 Sept lepas, Tentera Darat dijangka memperoleh helikopter tempur ringan jenis MD 530-G secara berperingkat awal tahun depan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel