Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Laluan Jalan Lintas Kota Kinabalu dibuka kepada pengguna jalan raya hari ini


Tarikh kemaskini: 01/11/2019





KOTA KINABALU, 1 Nov  -- Pembukaan  jejantas fasa kedua sepanjang enam kilometer di Jalan Lintas di sini hari ini diharap dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony.

Bagi pihak kerajaan negeri, beliau amat berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kerja Raya kerana telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM300 juta untuk projek berkenaan yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri pada Oktober 2015.

“Walaupun status tanah berkenaan di bawah tanah kerajaan negeri tetapi peruntukan itu telah diluluskan dan kita berharap kelulusan menaik taraf jalan untuk fasa seterusnya akan diberikan seperti cadangan menaik taraf Jalan Donggongon dan Tambunan yang dijangka dimulakan pada tahun depan,” katanya kepada  pemberita selepas menyempurnakan pelepasan dan pembukaan persimpangan bertingkat Jalan Penampang Bypass dan Persimpangan Lido, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya Datuk Abdul Razak Jaafar.

Peter berkata bagi projek lain yang kini masih dalam proses dinaik taraf ialah Jalan UMS bernilai RM424 juta dan status pembinaan adalah 31 peratus yang dijangka siap pada 2021.

“Kita berharap selepas siap pembinaan projek jejantas fasa pertama dan fasa kedua serta jalan Donggongon-Tambunan, kesesakan lalu lintas di Kota Kinabalu hingga ke Inanam akan dapat diatasi,” katanya.

Fasa pertama naik taraf Jalan Lintas Kota Kinabalu telah dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dengan kos RM261.8 juta, berjaya disiapkan dalam tempoh 30 bulan.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel