Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 700 sertai berbasikal bersama TYT Sabah


Tarikh kemaskini: 02/11/2019





KOTA KINABALU, 2 Nov  -- Lebih 700 peserta menyertai acara "Berbasikal Bersama TYT" sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi ke-66 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di sini, hari ini.

Acara yang bermula kira-kira pukul 7.30 pagi tadi itu bermula di perkarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan berakhir di Taman Awam Teluk Likas.

Pelbagai aktiviti turut dilaksanakan semasa program itu termasuk cabutan tiket bertuah dan acara memotong kek oleh Juhar.

Acara berbasikal lima tiga kilometer itu turut disertai Toh Puan Norlidah R. M Jasni isteri Yang Dipertua Negeri, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan menteri kabinet lain.

Bagi orang awam,  Zeno Lagung, 37, berkata beliau sangat teruja apabila pertama kali menyertai aktiviti berbasikal bersama TYT.

"Walaupun cuaca pagi ini sedikit hujan, namun ini tidak menjadi halangan untuk saya dan bersama tiga lagi rakan untuk menyertai acara ini,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel