Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jenayah siber dan multimedia akibatkan kerugian lebih RM400 juta


Tarikh kemaskini: 02/11/2019





KUALA NERUS, 2 Nov  -- Jumlah kerugian akibat jenayah siber dan multimedia di negara ini telah mencecah lebih RM400 juta, kata Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Rosli Ab Rahman.

Katanya, jumlah tersebut merangkumi 9,686 kes bermula 1 Jan hingga 31 Okt lalu dan ia menunjukkan tahap membimbangkan serta perlu ditangani segera.

"Jika dibandingkan jumlah kes tahun ini juga meningkat iaitu daripada 9,442 kes pada 2018 kepada 9,686 kes  pada tahun ini. Bagi macau scam sahaja purata kes penipuan antara 20 dan 30 kes di seluruh negara setiap hari.

"Negeri yang mencatat kes jenayah siber tertinggi ialah Selangor dengan 1,897 kes diikuti Johor (1,374 kes), Kuala Lumpur (1,264 kes) dan Negeri Sembilan (784 kes)," katanya kepada pemberita selepas program Townhall Discussion di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini.

Seramai 1,000 peserta termasuk pelajar serta komuniti setempat menyertai program selama lebih dua jam itu yang dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Tambah Rosli, meskipun banyak amaran dan program kesedaran dilaksanakan di pelbagai peringkat dan kumpulan sasar, malangnya masih ramai yang terpedaya dengan kegiatan penipuan termasuklah macau scam, love scam dan e-dagang hingga melibatkan jumlah kerugian yang besar.

Sementara itu Naib Presiden MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata program townhall tersebut telah diadakan sejak 2016, bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai tentang isu-isu jenayah siber yang terkini di Malaysia.

"Kami telah memperuntukkan sebanyak RM20,000 kepada semua MCPF negeri untuk menganjurkan townhall discussion pada tahun ini.

"Ia bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya jenayah siber dan pada masa sama mendengar pandangan atau luahan orang ramai bagi menangani kes penipuan yang semakin berleluasa sehingga kini," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel