il3ez2GTyGY PGA8 rampas rokok seludup nilai RM2.4 juta di Pasir Mas
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PGA8 rampas rokok seludup nilai RM2.4 juta di Pasir Mas


Tarikh kemaskini: 02/11/2019





PASIR MAS, 2 Nov -- Sebanyak 8,000 karton rokok putih bernilai RM2.4 juta termasuk cukai dirampas sepasukan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) dalam serbuan di pangkalan haram dekat Kuala Jambu, Tumpat, hari ini.

Penolong Pegawai Pemerintah PGA8, DSP Ab Aziz Che Embong berkata, dalam serbuan pada 4 pagi, pihaknya yang membuat intipan awal telah ternampak beberapa lelaki sedang meminta kotak dari arah Sungai Golok ke tebing sebelah Malaysia.

Beliau berkata ketika dihampiri anggota PGA8, suspek lelaki berkenaan segera melarikan diri serta meninggalkan lori di tempat kejadian.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas lori dan tempat kejadian pihak kami menemui 160 kotak besar yang mengandungi 8,000 karton rokok jenama Concept.

"Kesemua rokok serta lori bernilai RM80,000 yang disita dibawa pulang ke markas untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media di Markas Taktikal PGA Lubok Setol, di sini, hari ini.

Menurutnya kesemua rokok ini dipercayai dibawa masuk melalui negara jiran dan kemungkinan akan dipasarkan sehingga ke negeri-negeri lain selain Kelantan.

Dalam perkembangan sama, Ab Aziz berkata sejak mengambil alih tugas Ops Wawasan pada 15 Okt lalu pihaknya sudah mencatatkan rampasan pelbagai barang dengan nilai RM3.5 juta.

Katanya dalam tempoh sama seramai 30 individu turut ditahan merangkumi pelbagai kesalahan rentas sempadan termasuk narkotik, barang kawalan, haiwan ternakan serta sebagai tekong darat dalam penyeludupan migran.

"PGA meminta masyarakat setempat yang berada di sempadan Sungai Golok supaya menyalurkan sebarang maklumat jenayah rentas sempadan dan aktiviti penyeludupan kepada pihak berkuasa.

"Jenayah rentas sempadan ini akan terus ditangani dengan kerjasama daripada pelbagai agensi lain di sempadan bermula dari Rantau Panjang hingga Pengkalan Kubur," katanya.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel