Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hulu Langat pulih daripada gangguan bekalan air


Tarikh kemaskini: 02/11/2019





KUALA LUMPUR, 2 Nov -- Kesemua 95 kawasan sekitar Hulu Langat yang terjejas bekalan air ekoran masalah teknikal ‘bandscreen’ (sistem penapisan air mentah) di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat, pulih sepenuhnya hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan pemantauan dan bacaan tekanan di sistem agihan sehingga 6 petang ini juga mendapati 58 dari 61 kawasan di Kuala Lumpur yang terjejas turut pulih.

Kenyataan itu menyebut tiga kawasan iaitu Alam Damai, Bandar Baru Segar Utama dan Cheras Hartamas masih mengalami gangguan bekalan dan tekanan rendah.

“Pihak kami mengambil segala usaha bagi menstabilkan aliran bekalan dan menyasarkan pemulihan sepenuhnya pada 7 pagi esok (Ahad),” menurut kenyataan itu.

Pelanggan boleh menghubungi talian 15300 atau WhatsApp ke 019-2816793 / 019-2800919 untuk sebarang bantuan berhubung bekalan air.

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel