Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Fokus tanaman kelapa pandan di Melaka tahun hadapan


Tarikh kemaskini: 02/11/2019





MELAKA, 2 Nov -- Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Pertanian negeri akan membangunkan projek tanaman kelapa pandan berskala besar bermula tahun hadapan, kata Ketua Menterinya Adly Zahari. 

Antara kawasan yang akan dibangunkan dengan tanaman itu ialah Selandar dan Sungai Rambai di daerah Jasin selain beberapa kawasan di Alor Gajah. 

Setakat ini, kira-kira 40.47 hektar tanah di Sungai Rambai telah ditenderkan bagi tanaman berkenaan yang dilihat mempunyai potensi besar di Melaka sebagai negeri pelancongan khususnya dalam industri makanan. 

"Pada tahun hadapan, kita akan memberi fokus pada tanaman kelapa pandan dengan pembukaan beberapa ladang baharu di Jasin dan Alor Gajah kerana kita melihat kepentingan tanaman ini pada masa hadapan di Melaka. 

"Kelapa pandan antara tanaman yang boleh menyumbang kepada industri pertanian negeri seperti projek tanaman fertigasi cili yang telah diusahakan di Melaka dan mendapat peruntukan berjumlah RM1.15 juta daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Melaka di sini, hari ini. 

Bagi meningkatkan hasil tanaman dan pendapatan menerusi sektor pertanian di negeri ini, kaedah pertanian moden dan penyelidikan perlu diberi perhatian. 

Sementara itu, Kerajaan Negeri juga akan memastikan kebajikan nelayan di Melaka terbela menerusi pelbagai pembangunan fasiliti selain penyelenggaraan jeti dilaksanakan secara berkala. 

Adly berkata, pembangunan tambak laut khususnya di kawasan tangkapan ikan di perairan negeri ini juga akan dipantau agar sumber hasil laut tidak terjejas selain tidak mengganggu laluan keluar masuk bot nelayan dari jeti ke laut. 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pemberian zakat di negeri ini hanya untuk umat Islam dalam kalangan asnaf namun sekiranya terdapat lebihan ia boleh dipertimbangkan untuk diberikan kepada bukan Islam. 

Katanya, Melaka masih mempunyai lebih 8,000 asnaf yang perlu dibantu menerusi agihan zakat sehingga mereka dapat keluar daripada belenggu kemiskinan. 

"Bagi masyarakat bukan Islam di Melaka, mereka boleh mendapatkan bantuan menerusi dana di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel