Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sarawak rancang bina lima sekolah antarabangsa berasrama penuh - Abang Johari


Tarikh kemaskini: 02/11/2019





 

KUCHING, 2 Nov -- Kerajaan negeri Sarawak merancang untuk membina lima sekolah antarabangsa berasrama penuh di negeri ini untuk memupuk kecemerlangan pelajar tempatan, terutamanya di kawasan luar bandar untuk universiti elit di luar negara.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata sekolah berkenaan juga akan membiasakan pelajar dengan kurikulum antarabangsa.

“Jadi, kami akan membawa anak-anak petani, nelayan ke sekolah antarabangsa berasrama penuh Kerajaan negeri bagaimanapun tidak bersaing dengan sektor swasta.

“Kami hanya memberi tempat untuk kanak-kanak pintar, khususnya di kawasan luar bandar untuk  belajar yang mana kurikulumnya adalah antarabangsa. Akhirnya nanti, anda akan mempunyai (pelajar) yang pintar, (dan) berpeluang untuk melanjutkan pelajaran,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Saradise Sdn Bhd dan Sekolah Antarabangsa Borneo untuk kampus baharu sekolah berkenaan yang akan dibina di Saradise, sebuah bandar baharu di sini.

Saradise Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Chris Chung Soon Nam manakala Sekolah Antarabangsa Borneo oleh Pengerusi Lembaga Gabenornya, Tan Seng Kee.

Memuji usaha oleh kedua-dua entiti dalam menubuhkan kampus baharu itu, Abang Johari menyeru supaya lebih ramai syarikat swasta berbuat demikian untuk memenuhi keperluan pendidikan di negeri ini, terutamanya daripada golongan ekspatriat.

Selain sekolah antarabangsa, Abang Johari juga mendedahkan bahawa terdapat cadangan untuk memperluaskan Pusat Perubatan Borneo dan hospital lain di negeri ini.

Bercakap kepada media selepas majlis itu, beliau berkata dua hospital standard antarabangsa juga berminat untuk menubuhkan premis di sini.

Beliau berharap dengan pembinaan sekolah antarabangsa dan hospital ini akan mewujudkan ekosistem asas bagi menggalakkan lebih ramai orang dan ekspatriat menetap di negeri ini, sekali gus dapat meningkatkan ekonomi negeri.

Kampus baharu Sekolah Antarabangsa Borneo dengan keluasan 15,000 meter persegi akan menawarkan pelbagai kemudahan termasuk dewan sukan dalaman pelbagai guna, bilik darjah, studio seni persembahan dan drama, kolam renang dan padang bola sepak.

Kampus ini mampu menampung 1,200 pelajar sekolah rendah dan menengah dan dijangka akan beroperasi pada 2023.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel