Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran di Tanghilan


Tarikh kemaskini: 03/11/2019





KOTA KINABALU, 3 Nov -- Seorang kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Melisau, Tanghilan dekat sini hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata Joshua Patrick, 4, ditemui rentung di dalam di rumah berkenaan, dipercayai terperangkap ketika kebakaran berlaku.

Kenyataan itu menyebut JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 5.06 pagi sebelum dua buah jentera bersama 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Dua individu iaitu seorang kanak-kanak berusia enam tahun dan seorang wanita warga emas berusia 64 tahun turut melecur akibat kebakaran itu," jelas kenyataan itu.

Mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Tuaran untuk menerima rawatan manakala mayat mangsa pula diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel