Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pendaki wanita gagal turun gunung selepas cedera di kaki


Tarikh kemaskini: 03/11/2019





SEREMBAN, 3 Nov -- Seorang pendaki wanita gagal menuruni gunung selepas mengalami kecederaan di bahagian kaki semasa mendaki puncak gunung 701 yang merupakan puncak antara Gunung Tampin dengan Gunung Datuk, Rembau, awal pagi semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau PPgB Mohd Fuad Majid berkata berdasarkan maklumat awal yang diterima, mangsa Nurjuliana Umar, 38, bersama 30 rakan pendaki lain mendaki gunung berkenaan pada pukul 5 pagi semalam, untuk merentasi beberapa gunung di situ sebelum sampai ke destinasi akhir di Gunung Datuk.

"Semasa mendaki, mangsa mengalami kecederaan di bahagian betis kiri setelah tergelincir pada kira-kira pukul 9 pagi.

"Bagaimanapun, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 8.47 malam kerana difahamkan ketika kejadian, tiada isyarat telefon dan beberapa masalah dalaman yang lain,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya 11 anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat Rembau telah digerakkan ke lokasi kejadian. 

“Sekarang masih usaha dalam menyelamatkan mangsa. Mangsa dijangka dibawa turun ke kaki gunung  kira-kira 2 petang ini.

“Pihak bomba menggunakan laluan di Gunung Batu Maloi bagi memudahkan urusan menyelamatkan mangsa yang kini berada di laluan tengah antara Gunung Tampin dengan Gunung Datuk.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel