Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Belanjawan N. Sembilan 2020: Harap beri peruntukkan pembangunan luar bandar lebih besar


Tarikh kemaskini: 03/11/2019




SEREMBAN , 3 Nov -- Belanjawan Negeri Sembilan 2020 yang dijangka akan berlangsung hujung bulan ini diharap dapat memberi peruntukkan yang lebih besar kepada pembangunan luar bandar.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar Ismail Ahmad berkata terdapat banyak pembangunan dan kemajuan luar bandar yang perlu diberi keutamaan, dalam memastikan pembangunan kawasan luar bandar, seiring dengan kawasan bandar.

Justeru, dalam usaha menjadi negeri maju, perkara asas seperti pembinaan jalan yang baik, lampu jalan dan infrastruktur di kawasan luar bandar juga perlu diberi perhatian.

“Pembinaan industri yang berlaku di kawasan bandar sekarang ini diharap dapat dialihkan juga ke kawasan kampung, bagi membolehkan pembangunan seiring dalam usaha mengurangkan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar.

"Ini penting bagi memastikan pembangunan di kawasan kampung juga tidak akan ketinggalan," katanya selepas merasmikan Perbincangan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pembuat-Pembuat dan Peniaga-Peniaga Perabot Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Labu dalam pada itu berkata, projek perumahan mampu milik akan dibina dengan lebih banyak di kawasan luar bandar bagi membolehkan penduduk di kawasan kampung menikmati kediaman yang lebih selesa pada harga mampu milik.

Beliau juga berkata projek pertama Malaysian Vision Valley (MVV) 2.0 yang dijangka akan dimulakan April atau Jun tahun hadapan, akan dikendalikan pemaju, Sime Darby Berhad.

“Ini akan dijadikan sebagai pemangkin kepada pembangunan di kawasan Labu, selain mahu menarik lebih ramai pelabur melabur di kawasan MVV ini,” katanya.

Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan dijangka akan berlangsung pada 22, 25, 26 dan 27 Nov ini pada sidang Dewan Undangan Negeri akan datang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel