Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 2,000 komik propaganda dirampas - Muhyiddin


Tarikh kemaskini: 03/11/2019





SERDANG, 3 Nov  -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini merampas lebih 2,000 naskah komik kontroversi ‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’.

"Lebih 2,000 naskah telah dirampas, namun jumlah tepat tidak dipastikan," kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga KDN di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jumlah keseluruhan komik propaganda itu yang telah dirampas KDN sehingga kini.

KDN sebelum ini mewartakan perintah larangan terhadap komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' termasuk versi bahasa Inggeris dan Cina yang dipercayai antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel