Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Enam nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan Sandakan


Tarikh kemaskini: 03/11/2019




SANDAKAN, 3 Nov  -- Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan menahan enam nelayan Vietnam dan sebuah kapal nelayan yang menceroboh perairan negara dekat Sungai Asam dekat sini kira-kira 7 malam tadi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata kru kapal termasuk juragan berumur lingkungan 50 hingga 59 tahun ditahan dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta tiada kebenaran atau permit bagi menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia secara sah daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

"Tangkapan ini melibatkan rampasan sebuah kapal, satu set peralatan menangkap gamat (balat) serta sebanyak 400kg gamat tersimpan dalam beberapa tong yang diperoleh secara haram semasa melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Sabah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Pajeri, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM610,000.

Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 25(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap hasil laut di perairan negara secara haram dan juga mengikut Seksyen 11(3)(b) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan peralatan perikanan yang tidak dilesenkan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel