Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Vinales gagal dicabar untuk rangkul MotoGP Malaysia


Tarikh kemaskini: 03/11/2019





 

SEPANG, 3 Nov  -- Pelumba Yamaha, Maverick Vinales memperagakan tunggangan sempurna untuk menjuarai kelas MotoGP pada perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini, hari sini.

Pelumba Sepanyol berusia 24 tahun itu, yang memulakan saingan di petak kedua, mendominasi perlumbaan dengan mencatatkan masa 40 minit 14.632 saat (s) bagi menghadiahkan kemenangan pertama kepada Yamaha di Sepang sejak  2010.

Juara dunia dari Repsol Honda, Marc Marquez menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan masa 40:17.691s manakala pelumba Itali, Andrea Dovizioso (Ducati) menghuni tempat ketiga dengan ketinggalan 5.611s.

“Ia adalah perlumbaan yang menakjubkan hari ini...kami  bertambah baik hari demi hari. Saya amat menikmati saingan hari ini,” kata Vinales yang menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan 201 mata sebelum mengakhiri musim di Valencia, Sepanyol, 17 Nov ini.

Pemenang petak utama, Fabio Quartararo dari pasukan Petronas Yamaha SRT, menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh manakala rakan sepasukan Franco Morbidelli di tempat keenam.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah daripada pasukan Red Bull KTM Tech 3, di tempat ke-16.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel