WtUv71_do2s Janetty, mutiara renang Sabah lakar rekod di Labuan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Janetty, mutiara renang Sabah lakar rekod di Labuan


Tarikh kemaskini: 03/11/2019





Laporan Khas Oleh Jalani Hasan

LABUAN, 3 Nov  -- Perenang cilik dari Sabah, Janetty John Fabian dinobatkan sebagai ratu renang Kejohanan Renang Antarabangsa Labuan 2019 apabila mencipta rekod dengan menggondol lapan pingat emas dan satu perak di kolam renang Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS), di sini.

Pada kejohanan dua hari peringkat umur, yang berakhir hari ini, menyaksikan perenang berusia 14 tahun itu memenangi acara 100m kuak lentang dengan masa satu minit 00.16 saat  (1:00.16s), 100m gaya bebas (1:00.02s), 200m gaya bebas (2:00.25s).

Acara 50m gaya bebas (29.00s), 50m kuak lentang (33.00s), 50m kuak dada (37.00s), 100m kuak kupu-kupu (1:00.11s) dan acara 4x50m rampaian campuran (bawah 18 tahun) (2:00.14s).

Janetty, yang mewakili Kelab Renang Penampang Preppies, turut membawa pulang pingat perak dalam acara 100m kuak dada dengan masa 1:00.26s  yang dimenangi Kristen Chong Siew Yet daripada Kelab Akuatik Sailfish dari Miri, Sarawak.

Janetty, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bahang, Penampang, merupakan salah satu perenang negeri mewakili negara pada temasya Sekolah-Sekolah ASEAN ke-10 tahun lalu di Shah Alam, Selangor.

Beliau turut disenarai pendek oleh Persatuan Sukan Akuatik Sabah untuk latihan bagi menghadapi SUKMA Johor tahun depan.

Rakan sepasukan Janetty, perenang lelaki berusia 14 tahun, Emmanuel Sipawol muncul perenang terbaik kategori kumpulan 2 apabila meraih lima emas, Tan Jie Sheng, 16, daripada LIS muncul perenang terbaik kumpulan 1 dengan lima emas, dua perak dan dua gangsa dan perenang terbaik wanita kumpulan 1 dimenangi Siti Izzah Atira Tanan dengan meraih lima emas.

 Kelab Penampang Preppies muncul juara keseluruhan dengan kutipan 42 emas, 26 perak dan 33 gangsa, diikuti Sekolah Sukan Malaysia Sabah (24-10-7) dan LIS dengan 10 emas, 14 perak dan 11 gangsa.

Kejohanan edisi keempat itu dianjurkan Persatuan Akuatik Labuan dengan kerjasama LIS untuk perenang berusia antara 8 dan 18 tahun dengan sejumlah penyertaan seramai 179 perenang daripada 10 buah kelab termasuk dari Brunei.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LIS, Jaffree Ismail berkata, pihaknya komited untuk menjadikan acara itu sebagai acara perdana dengan hasrat menjadikan Labuan sebagai salah sebuah pusat sukan akuatik utama di negara ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel