Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kemalangan 'rencah' dalam sukan permotoran


Tarikh kemaskini: 03/11/2019





SEPANG, 3 Nov  -- Umum mengetahui sukan permotoran adalah sukan yang berisiko dan insiden kemalangan adalah ‘rencah’ dalam penganjuran sesuatu perlumbaan. 

Merujuk kepada insiden membabitkan seorang pelumba meninggal dunia semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata ia adalah kemalangan dalam perlumbaan. 

“Kemalangan itu tiada faktor lain, tidak ada kena mengena dengan litar. Pasukan perubatan SIC telah menjalankan tugas mereka dengan baik. 

“Mereka (pasukan perubatan) turut menerima pujian daripada Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) dan DORNA (pemegang hak penganjuran MotoGP),” katanya kepada media di Litar Sepang. 

Razlan yang juga prinsipal pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) menyifatkan sukan permotoran sebagai sukan ‘kejam’ tetapi menyeronokkan. 

Pelumba Piala Bakat Asia Idemitsu (IATC), Afridza Munandar meninggal dunia dalam perlumbaan sokongan Grand Prix Motosikal Malaysia 2019 di Litar Sepang. 

Insiden itu berlaku di Selekoh 10 pada Pusingan 1 dengan bendera merah dikibarkan sejurus kemalangan itu.

Pelumba berusia 20 tahun itu pada awalnya menerima rawatan perubatan di tepi trek perlumbaan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan helikopter.

Dalam perkembangan lain, satu kenyataan dikeluarkan oleh MotoGP hari ini, sebagai menghormati pemergian Afridza, penunggang Nombor 4, yang akan bersara dan tidak lagi berlumba dalam IATC.

Munandar menduduki dua kali tempat teratas podium pada 2019 dan beberapa kali menamatkan perlumbaan untuk tampil tempat ketiga keseluruhan.

Kini yang akan kekal nombornya sahaja, sinonim dengan pencapaiannya yang mengagumkan di IATC.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel