Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua pasang suami isteri antara 26 ditahan positif dadah di Miri


Tarikh kemaskini: 03/11/2019





 

MIRI, 3 Nov  -- Rahsia sepasang suami isteri yang menjadi penagih dadah syabu terbongkar di hadapan keluarga sendiri dalam operasi dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di pekan Bekenu.

Ketua AADK Miri, Mazlan Jikran berkata pasangan suami isteri tersebut adalah antara 26 individu yang ditahan kerana positif dadah syabu dalam operasi dua hari bermula semalam meliputi 13 kampung di pekan Bekenu.

“Pasangan suami isteri masing-masing berumur 35 dan 31 tahun itu terkejut dengan kehadiran penguatkuasaan dan aktiviti penagihan dadah terbongkar di hadapan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Mazlan berkata, dalam operasi yang sama sepasang suami isteri muda turut ditahan, masing-masing berumur 20 tahun dan 18 tahun.

Menurutnya, operasi dijalankan bersama dengan Rela serta Jawatankuasa Keselamatan Penduduk (JKP). 

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel