TbMjmiEVkZM 116 basikal lajak dirampas dalam 13 operasi tahun ini - Bukit Aman
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

116 basikal lajak dirampas dalam 13 operasi tahun ini - Bukit Aman


Tarikh kemaskini: 04/11/2019





KUALA LUMPUR, 4 Nov  -- Polis merampas 116 basikal lajak dalam 13 operasi berkaitan yang dilaksanakan antara bulan Januari dan September lepas, di samping mengenal pasti 26 lokasi yang sering menjadi tumpuan kegiatan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibupejabat Polis Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata jumlah itu dilihat meningkat dengan ketara berbanding 105 basikal lajak yang dirampas dalam 93 operasi sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata 26 lokasi yang dikenal pasti menjadi 'port' mereka menjalankan aktiviti itu terdiri daripada 10 lokasi di Pulau Pinang, empat lokasi di Negeri Sembilan, masing-masing tiga lokasi di Selangor, Pahang dan Perak, serta masing-masing satu lokasi di Kelantan, Sabah, dan Johor.

Menurutnya antara lokasi itu ialah di Jambatan Raja Nala Klang Utara di Selangor; Jalan Bukit Sekilau di Pahang; Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) berhampiran susur Ampangan di Negeri Sembilan; selain di Dataran Bukit Liki di Johor.

"Lokasi lain ialah Machang Bubuk di Pulau Pinang; Jalan Pasir Puteh di Kelantan; Jalan Pohon Batu Pancur Hitam di Wilayah Persekutuan Labuan; dan Taman Tasik Taiping, Perak," katanya. ," katanya dalam sidang akhbar isu 'Basikal Lajak' di Bukit Aman, di sini.

Azisman berkata keadaan itu cukup membimbangkan dan polis tidak mempunyai undang-undang khusus bagi membendung aktiviti basikal lajak itu.

Beliau berkata tindakan polis kini hanya tertumpu kepada rampasan basikal lajak selain tindakan saman yang dikenakan mengikut Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959) terhadap penunggang dan pemilik basikal lajak.

"Undang-undang membendung aktiviti ini hanya terhad setakat itu...tiada sebarang mekanisme yang boleh dikenakan terhadap kedai atau bengkel yang menyediakan khidmat pengubahsuaian basikal lajak ini.

"Kami sedang mengkaji dan cuba berbincang sama ada satu mekanisme undang-undang boleh dikenakan terhadap mereka (bengkel dan kedai sediakan khidmat ubah suai). Saya harap pihak kerajaan dapat menggubal undang-undang yang lebih tegas bagi membendung aktiviti basikal lajak supaya tidak berleluasa," katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel